Uncategorized

Menteri KUSKOP terima kunjungan rakan sejawat dari Indonesia

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawat beliau dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah, Teten Masduki di sini.

Pertemuan tersebut merupakan susulan pertemuan kedua-dua menteri di Jakarta pada tahun lalu.

Kedua-dua menteri membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Ewon dalam kenyataan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata, pertemuan tersebut diharap dapat mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sudah sedia lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia.

Ewon Benedick dalam pertemuan rakan sejawat dari Indonesia, Teten Masduki (tiga dari kiri) di bangunan KUSKOP, Putrajaya, hari ini.

Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) ke-17 yang lepas.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan ketua-ketua agensi KUSKOP.

Show More

Related Articles

Back to top button