Ketua Team Penyelidik My #QuranTime ditidurkan
KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan & Kawalan Kualiti Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Ustaz Safri Muhammad kini sedang dirawat di Hospital Klang selepas pitam.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Safri yang bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 sejak tahun 2020 ditidurkan sebentar tadi.
“Hari Sabtu lepas, ustaz masih mengisi Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan SS15.
“Pagi tadi kami terima khabar, ustaz warded di zon merah sebab pitam, badan lemah dan gula tinggi. Ustaz ditidurkan kerana jantung lemah dan oksigen drop,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Dalam pada itu, beliau turut memohon orang ramai mendoakan supaya urusan rawatan Safri dipermudahkan.
“Tidak tahu doa siapa yang Allah akan kabulkan. Mohon doa dari semua agar ustaz diberi kesembuhan tanpa bekas dan keluarga ustaz dipermudahkan semua urusan.
“Mohon bantuan doa, ustaz amat baik, ikhlas dan amat diperlukan untuk perjuangan al-Quran ini. Aset umah yang amat berharga,” katanya.