Berita Semasa

KD Pendekar terkandas akibat kebocoran

CYBERJAYA – Sebuah kapal penyerang laju (FAC) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pendekar dilaporkan terkandas setelah mengalami kebocoran berhampiran Tanjung Penyusup, hari ini.

Difahamkan, kapal berkenaan yang sedang dalam penugasan operasi, mengalami kebocoran pada salah satu tiub di belakang bahagian kapal.

Turut dimaklumkan, ketika ini semua anak kapal telah meninggalkan kapal berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga dan bertambat pada sebuah kapal dagang yang berada berhampiran.

KD Pendekar merupakan FAC daripada kelas Handalan dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada 27 Julai, 1979.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Show More

Related Articles

Back to top button