Uncategorized

Pelaburan RM29.2 bilion oleh AWS di Malaysia bukti keyakinan pelabur terhadap kerangka Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR – Pelaburan jangka panjang Amazon Web Services (AWS) bernilai RM29.2 bilion di Malaysia adalah bukti keyakinan pelabur asing terhadap kerangka Ekonomi Madani, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, komitmen dan pelaburan jangka panjang yang dirancang oleh AWS itu merupakan antara pelaburan terbesar oleh syarikat teknologi global di Malaysia.

“Ini adalah susulan beberapa pelaburan lain yang telah diumumkan sejak Disember 2023 oleh peneraju teknologi global seperti Nvidia, Google, Microsoft, Infineon dan banyak lagi.

“Pelaburan-pelaburan ini adalah pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Madani dalam mewujudkan dan merangka persekitaran pelaburan yang menarik, terbuka, telus,” kata Perdana Menteri menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook milik beliau hari ini.

@malaysiatribune

Pelaburan Amazon Web Services (AWS) di Malaysia bukti pelabur yakin dengan kerangka Ekonomi MADANI #malaysiatribune #aws #amazon #malaysia #ekonomi #madani #pmx #anwaribrahim

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Semalam, AWS melancarkan wilayah infrastruktur AWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) dan merancang pelaburan kira-kira US$6.2 bilion (kira-kira RM29.2 bilion) di Malaysia sehingga 2038.

Menurut syarikat itu, pemaju, syarikat pemula niaga, usahawan, perusahaan, kerajaan, pendidikan dan pertubuhan bukan berkeuntungan akan mempunyai pilihan lebin luas dalam mengendalikan aplikasi selain berkhidmat kepada pengguna dari pusat data AWS di Malaysia.

Mengulas dengan lebih lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, terdapat beberapa komponen dalam hubungan baharu Malaysia dengan AWS.

“Pertama, AWS akan melabur dalam pembinaan pusat data fizikal di Malaysia menjadikan Malaysia antara 34 wilayah dalam peta infrastruktur global Amazon.

“Kedua, lebih 3,500 pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan diwujudkan secara langsung hasil pembinaan pusat data baharu ini pekerjaan ini merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan fasiliti, kejuruteraan, telekomunikasi dan pelbagai bidang lain, sekali gus ekonomi Malaysia akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan bernilai tinggi AWS.

“Ketiga, sebagai sebahagian daripada hububgan baharu ini AWS telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan (Cloud Framework Agreement) dengan Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam,” ujar Anwar.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengalu-alukan AWS ke Malaysia kami teruja dengan potensi pelaburan baharu ini dan inovasi-inovasi baharu yang bakal terhasil daripada pemindahan teknologi serta ilmu pengetahuan.

Show More

Related Articles

Back to top button