Berita Semasa

Anggota polis ditemukan maut dalam kuarters

SUNGAI PETANI – Seorang anggota polis berpangkat sarjan sokongan ditemukan meninggal dunia dalam kuarters pondok polis Sungai Lalang di sini semalam.

Mangsa berusia 46 tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas tidak muncul ketika pemeriksaan semak keberadaan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa berstatus duda itu menghidap penyakit kencing manis dan tinggal berseorangan.

“Kejadian disedari apabila mangsa tidak hadir ‘roll call’ dengan ketua polis balai yang dilakukan kira-kira jam 3 petang.

“Bagaimanapun, masa kematian masih belum dapat ditentukan, namun berdasarkan pemerhatian awal, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya memetic laporan Sinar Harian.

Menurut Wan Azharudin, mangsa yang telah berkhidmat selama 23 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun meninggal dunia semasa ditemui.

“Namun, pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini.

“Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button