[VIDEO] SSPA: Penjawat awam kumpulan pelaksana dijangka terima kenaikan sehingga 42.7 peratus
PUTRAJAYA – Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka bakal menerima kenaikan gaji paling tinggi menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) iaitu sehingga 42.7 peratus.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam itu akan diketahui pada minggu depan.
@malaysiatribune Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka bakal menerima kenaikan gaji paling tinggi menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) iaitu sehingga 42.7 peratus. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, , gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam itu akan diketahui pada minggu depan. #penjawatawam #gaji #pmx #anwaribrahim #malaysiatribune #fahmifadzil
“InsyaAllah bermula minggu depan, kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka sekitar 15 hingga 42.7 peratus.
“Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana paling tinggi, manakala bagi kumpulan seperti KSU (Ketua Setiausaha), Ketua Pengarah, peningkatannya lebih sederhana,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perincian bagi SSPA itu akan diumumkan melalui Belanjawan 2025, Oktober ini sebelum ia dilaksanakan 1 Disember kelak.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut diingatkan mengenai implikasi terhadap kewangan negara susulan kenaikan gaji penjawat awam.
Menurut Fahmi, implikasi kewangan itu bukan hanya dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, malah menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.
“Untuk perincian terutama dari aspek jumlah yang perlu diperuntuk bagi kenaikan gaji, perincian akan boleh dilihat dalam dokumen Belanjawan 2025.
“Ini adalah usaha Kerajaan Madani untuk memastikan supaya penjawat awam dapat menikmati kenaikan gaji,” ujarnya.