Berita Semasa

Naik taraf lesen B2 kepada B Penuh diumum tidak lama lagi

KLANG – Kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan naik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan mengenai perkara itu sudah pun dimuktamad namun menunggu sedikit masa untuk diumumkan.

“Nanti saya umumkan. Sudah ada keputusan (naik taraf B2 kepada B penuh). Tetapi saya akan umumkan hari kemudian bukan hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau stesen projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Pasar Jawa, di sini hari ini.

Naik taraf secara automatik level B2 kepada B Penuh dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada tahun lalu dengan mengambil kira faktor-faktor membabitkan umur dan tempoh memiliki lesen.

Show More

Related Articles

Back to top button