Berita SemasaPM X

Tol percuma pada 20, 21 Januari ini

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan tawaran tol percuma oleh syarikat-syarikat konsesi utama lebuh raya pada 20 dan 21 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ramai rakyat negara ini yang akan pulang ke kampung dan yang keluar bercuti.

“Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi dan bersetuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 haribulan (Januari),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perdana Menteri Pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru orang ramai supaya menjaga keselamatan sepanjang musim perayaan ekoran jumlah kemalangan jalan raya yang sentiasa meningkat pada tempoh itu.

“Kita menasihatkan supaya semua menjaga keselamatan jalan raya dan patuh peraturan bagi mengelak kemalangan yang kian meningkat setiap kali musim perayaan,” katanya.

Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut pada 22 dan 23 Januari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button