Berita Semasa

Laksana pelan komprehensif jika mahu HRD Corp kekal – Radzi

KUALA LUMPUR – Satu pelan komprehensif perlu dilakukan sekiranya kerajaan masih mahu mengekalkan kewujudan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) berkata, banyak kelemahan HRD Corp disebutkan dengan jelas dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu diberi perhatian memandangkan dana hasil bayaran levi oleh syarikat-syarikat akan meningkat dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat kunci perniagaan dan kawalan dalaman setiap apa yang dilakukan HRD Corp pada masa akan datang.

“Sekiranya kerajaan ingin meneruskan kewujudan HRD Corp ini, maka perlu buat satu pelan komprehensif meneliti di mana kelemahan dalam sistem dalaman ini.

“Isu utama berkaitan levi yang digunakan untuk pelaburan. Sama ada berisiko atau tidak,mendatangkan hasil atau tak, kita boleh baca dalam laporan PAC.

“Disebabkan pelaburan dibuat guna wang awam, maka risiko kepada pengurusan jauh lebih rendah.

“Pelaburan menggunakan levi, keuntungan pergi kepada siapa? beri balik? atau HRD Corp simpan? jadi perkara ini perlu dilihat secara lebih menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan penerangan Pengerusi PAC berhubung Isu Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp.

Pada masa sama, beliau menggesa agar perkara itu dibuat dengan tatacara yang betul.

Show More

Related Articles

Back to top button