Berita Semasa

Kakitangan RTM antara 2 maut, kemalangan libatkan 7 kenderaan

SEPANG – Seorang kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Bukit Dugang, Desa Putra, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan berkata, mangsa Mohamad Firdaus Yahaya maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah lori, dua buah motosikal dan empat buah kereta.

“Kemalangan berpunca daripada pemandu lori dari arah Putrajaya menghala ke Jenderam yang hilang kawalan akibat serangan jantung sebelum terbabas dan melanggar beberapa kenderaan lain di laluan bertentangan.

“Mohamad Firdaus disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya sementara seorang lagi mangsa meninggal dunia di lokasi nahas,” katanya.

Kakitangan RTM antara 2 maut dalam kemalangan libatkan 7 kenderaan

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan pula mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Show More

Related Articles

Back to top button