Berita Semasa

Ruang parkir Sri Penara terbakar, 9 motosikal rosak

CYBERJAYA – Sembilan buah motosikal musnah dalam satu kebakaran di Blok C, Pangsapuri Sri Penara di Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 9.41 malam sebelum sepasukan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi.

Setibanya, di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sembilan buah motosikal.

“Enam buah motosikal musnah 100 peratus, manakala tiga buah motosikal musnah 10 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah bilik Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA), namun kemusnahan dianggarkan kira-kira lima peratus sahaja,” kata pihak bomba dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, kebakaran berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button