Berita Semasa

Pejabat Kesihatan KB arah pelajar,kakitangan sebuah sekolah jalani ujian tifoid

Susulan lima kes positif yang dikesan baru-baru ini

KOTA BHARU – Pejabat Kesihatan daerah ini mengarahkan semua pelajar dan kakitangan di sebuah sekolah menengah di sini supaya menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.

Menurut satu pekeliling yang diedarkan, langkah itu susulan jangkitan penyakit itu yang membabitkan lima pelajar, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, gejala tifoid membabitkan demam, cirit birit, sakit perut, muntah, loya, sembelit, sakit kepala, keletihan dan kurang selera makan.

“Gejala ini dikesan bermula sejak 7 Mei lalu dan sehubungan itu, mesyuarat di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memutuskan untuk menjalankan ujian saringan tifoid ke atas semua warga sekolah menengah terbabit untuk pengesanan awal kes.

“Ujian ini akan dijalankan secara berperingkat bermula hari ini sehingga selesai,” katanya, hari ini.

Laporan media semalam menyebut, seramai lima daripada 22 pelajar di sebuah sekolah menengah di sini disahkan dijangkiti tifoid.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, 17 pelajar lagi sedang disaring di bilik isolasi di Hospital Tumpat dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.

Show More

Related Articles

Back to top button