Berita Semasa

Warga emas pengsan ketika mendaki bukit diselamatkan

GOPENG – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang pengsan ketika berada di atas puncak Bukit Batu Putih, di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 72 tahun itu terlibat dalam aktiviti mendaki bersama-sama tiga orang rakannya.

“Pasukan kita yang tiba di lokasi telah menjalankan operasi perawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudiannya dibawa turun dengan menggunakan stetcher,” katanya.

Susulan itu, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menjalani rawatan lanjut.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya tiba di lokasi 10 minit selepas panggilan berhubung keadaan mangsa diterima pada sekitar pukul 6.13 petang.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng telah dikerah dalam operasi tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button