Berita SemasaJenayah & MahkamahLuar Negara

Datuk Bandar di Mexico mati ditembak

GUERRERO – Datuk Bandar di sebuah bandar kecil berhampiran kawasan peranginan Acapulco, di Copala mati dibunuh pada awal pagi semalam.

Media antarabangsa melaporkan pembunuhan itu adalah insiden terbaru dalam siri serangan terhadap ahli politik di negara itu.

Mangsa, Salvador Villalba Flores ditembak mati semasa dalam perjalanan di jalan raya di sini.

Beliau yang dijadualkan memegang jawatan pada Oktober di Copala, sebuah bandar dengan 4,000 penduduk yang terletak kira-kira 130 kilometer tenggara Acapulco.

Katanya, pihak pendakwaraya negeri Guerrero memaklumkan mereka telah melancarkan siasatan terhadap pembunuhan tersebut tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Laporan akhbar Mexico, El Sur de Guerrero mengatakan bekas pesara kapten Tentera Laut itu biasanya dilindungi oleh pengawal peribadi namun pada hari berkenaan beliau mengembara sendirian ke Mexico City.

Media tempatan turut melaporkan Villalba mengumumkan untuk bertanding jawatan datuk bandar selepas kematian calon terdahulu yang juga rakannya, dibunuh pada Jun 2023.

Dalam pilihan raya umum Mexico pada 2 Jun lalu, Claudia Sheinbaum dari parti kiri dipilih dengan majoriti besar sebagai presiden wanita pertama negara itu.

Sejak kempen pilihan raya Mexico bermula September lalu, lebih dua dozen calon politik telah dibunuh, menurut Data Civica, sebuah organisasi bukan kerajaan.

Dalam pada itu, Guerrero adalah salah satu negeri yang paling terjejas oleh keganasan kartel dadah kerana lokasinya di sepanjang pantai Pasifik Mexico, mencatatkan 1,890 pembunuhan pada tahun 2023.

Show More

Related Articles

Back to top button