PM X

Tambang agensi pelancongan Singapura naik bukti penyasaran subsidi diesel perlu diteruskan – PM

BUKIT MERTAJAM – Peningkatan tambang pengangkutan agensi pelancongan di Singapura serta penangkapan sindiket penyelewengan diesel di sempadan membuktikan penyasaran subsidi bahan api tersebut perlu diteruskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengulangi pendirian dengan menyatakan, langkah kerajaan memperkenalkan penyasaran subsidi adalah bagi membendung ketirisan yang ditanggung kerajaan saban tahun.

“Semua bas pelancong dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga kerana katanya tidak dapat subsidi diesel, maknanya selama ini berpuluh tahun, subsidi kita pergi ke syarikat Singapura, pergi ke kapal-kapal nelayan Siam. Bocor banyak.

“Subsidi dimanfaatkan oleh 3.8 juta orang asing, dibawa keluar ke Siam, dia bagi hantar kepada kapal nelayan Siam … yang bayar cukai rakyat Malaysia tetapi yang dapat manfaat orang asing,” katanya pada Majlis Korban Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di sini hari ini.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah pengeluaran kereta dari 2012 hingga 2020 sedikit berbanding peningkatan melambung diesel yang dikeluarkan kerana bahan api terbabit dinikmati warga asing.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai.

Kerajaan menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja menerima nya dan pada masa yang sama menghentikan ketirisan.

Show More

Related Articles

Back to top button