Berita Semasa

24 pelajar sekolah asrama di Jempol keracunan makanan

JEMPOL – Seramai 24 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol terpaksa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, akibat mengalami keracunan makanan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, kesemua pelajar tingkatan satu hingga lima itu dirawat di hospital sejak malam semalam setelah mengalami simptom keracunan iaitu muntah dan cirit-birit.

“Mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah makan tengah hari di dewan asrama sekolah, semalam,” katanya dalam laporan portal Sinar, hari ini.

Tambahnya, setakat hari ini 15 pelajar masih menerima rawatan manakala sembilan daripadanya sudah didiscaj.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian itu,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button