Berita Semasa

Malaysia peroleh FA-50 Korea Selatan?

CYBERJAYA – Malaysia difahamkan sudah bersetuju memperoleh 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 daripada Korea Selatan.

Sumber memaklumkan, majlis menandatangani Surat Setuju Terima (SST) di antara Kementerian Pertahanan dengan pembuat pesawat tersebut, Korean Aerospace Industries (KAI) telah diadakan pagi tadi.

Difahamkan, model yang dipilih merupakan FA-50 Block 20 yang dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) ‘PhantomStrike’ dan keupayaan mengisi minyak di udara.

Turut difahamkan, perolehan tersebut termasuk cadangan menjadikan Malaysia sebagai hub pesawat FA-50 merangkumi aspek penyelenggaraan, pembaikan dan sokongan logistik akan dirangka secara berperingkat

Sebelum ini, Thailand, Indonesia dan Filipina merupakan antara negara di rantau Asia Tenggara yang mengoperasikan spesawat tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button