Berita Semasa

Orang ramai dijemput meriahkan hari kedua Sambutan Minggu Perpaduan 2024

JOHOR BAHRU – Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang memasuki hari kedua hari ini dimulakan dengan senaman zumba seawal jam 9 pagi di perkarangan Angsana Mall, Johor Bahru.

Selain itu, pelbagai acara menarik menanti pengunjung di sebelah pagi hari ini termasuk Wacana Perpaduan yang diadakan di pentas utama serta pertandingan roti canai terbang dan demonstrasi masakan cina.

Lebih menarik, satu pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan terbesar makan kacang pool turut dijadualkan diadakan pada pagi ini.

Hari kedua Sambutan Minggu Perpaduan 2024 itu turut menampilkan persembahan tarian etnik rumah, persembahan buskers serta pertandingan DIY Cookies Kids Uniti pada sebelah petang.

Pameran Rumah Panjai di Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 bermula 23 hingga 26 Mei di Angsana Mall, Johor Bahru.
Orang ramai menghadiri Wacana Kelestarian Keselamatan Perpaduan dan Keharmonian Negara pada Sambutan Minggu Perpaduan 2024.

Pada sebelah malam pula, pengunjung akan disajikan dengan persembahan Battle Of The Band bermula pada 9 hingga 10 malam di pentas utama.

Terdahulu, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung pada Sambutan Minggu Perpaduan 2024 pada 23 hingga 26 Mei ini.

Perasmian majlis sambutan tersebut akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8 malam Sabtu ini.

Sambutan Minggu Perpaduan kali ini merupakan sambutan kali kedua setelah kali pertama diadakan dengan jayanya di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.

Turut akan berlangsung, pameran dan jualan produk-produk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) progresif, larian uniti, ‘foodunites dan foodtruck’, permainan e-sports, pertukaran topi keledar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengurangan kadar kompaun saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persembahan artis terkenal melalui Malam Irama Sama-Sama Kita.

Show More

Related Articles

Back to top button