Jenayah & Mahkamah

Pemandu lori rempuh kereta hingga akibat seorang maut positif dadah

SUNGAI PETANI – Pemandu lori kontena yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sidam Kiri di sini, malam tadi, sehingga menyebabkan seorang mangsa maut didapati positif dadah jenis amphetamine.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu tersebut yang berusia 31 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta Toyota Yaris yang dinaiki dua wanita sedang bergerak dari arah Sungai Petani ke Kulim, manakala lori kontena terbabit datang dari Kulim menghala ke Sungai Petani.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu lori kontena itu dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal gagal dan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azharuddin berkata, mangsa yang maut di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini, untuk bedah siasat dan rakannya yang cedera turut di tempatkan di Zon Merah hospital sama untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian semalam, seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri di sini.

Mangsa, Siti A’isyah Idris, 23, yang bekerja sebagai ahli farmasi di sebuah hospital swasta meninggal dunia di tempat selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Sementara penumpang sebelah kiri berusia 23 tahun yang bekerja di kantin sekolah kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami cedera parah di badan dan kaki.

Show More

Related Articles

Back to top button