Luar NegaraSukan

MU akhiri kempen di tangga ke-8, terburuk dalam sejarah

BRIGHTON – Manchester United berakhir dengan penampilan terburuk mereka dalam Liga Perdana Inggeris walaupun menang dengan jaringan 2-0 menentang Brighton dalam perlawanan terakhir baru-baru ini.

Penamat terburuk United sebelum ini dalam era Liga Perdana ialah ketujuh di bawah David Moyes pada 2013-2014, lebih teruk di bawah bimbingan Erik Ten Hag menduduki tempat kelapan dalam kedudukan selepas tamat musim ini di Brighton.

14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.

Di sebalik kemenangan di Brighton, hasil jaringan Diogo Dalot dan Rasmus Højlund, United menamatkan saingan dengan perbezaan gol negatif, melepaskan lebih banyak gol daripada yang dijaringkan, pertama kali dalam tempoh 34 tahun.

Di bawah kendalian Ten Hag, ini merupakan kemuncak musim kedua yang berakhir dengan malang, dengan pasukannya menduduki tempat terceruk dalam kumpulan Liga Juara-Juara pada bulan Disember.

United masih boleh menyelamatkan sesuatu apabila berdepan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 25 Mei.

Selepas menduduki tempat kelapan dalam Liga Perdana, mereka sedar perlu menewaskan City untuk layak ke Eropah musim depan.

Kemenangan dalam perlawanan akhir piala akan menjamin United tempat di peringkat kumpulan Liga Europa.

Show More

Related Articles

Back to top button