Berita Semasa

Doa saya semoga semua terlibat segera dijumpai – Tok Mat

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengambil maklum berkaitan insiden helikopter terhempas yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian semalam.

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke tanah air daripada rangka kerja di Asia Tengah itu berkata, setakat ini difahamkan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan biarpun berdepan cuaca buruk.

“Doa saya agar semua yang terlibat segera dijumpai dan berada dalam keadaan baik.

“Semoga khabar menyenangkan menjengah tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut akan dikemaskini segera di laman media sosial rasmi Wisma Putra.

Terdahulu, helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di kawasan wilayah timur Azerbaijan dengan saksi penduduk kampung ketika penerbangan ke bahagian utara Iran.

Pada masa ini, lebih kurang 20 pasukan kecemasan dan drone telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengesan dan menilai bentuk bantuan yang diperlukan.

Show More

Related Articles

Back to top button