Berita SemasaPM X

PM Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia

DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sama sekali menolak kepada idea kemungkinan kasino kedua di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI), sekali gus memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

“Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua). Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam seai pleno pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di sini, semalam.

Anwar ditanya adakah Malaysia akan mempertimbangkan untuk membenarkan lesen kasino kedua di bawah Kerajaan Madani.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkali-kali menafikan laporan berita asing mengenai kemungkinan mengeluarkan lesen kasino kedua di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

Untuk rekod, Malaysia telah memberikan hanya satu lesen kasino, yang dikeluarkan kepada Genting pada 1969. Syarikat itu juga mempunyai operasi kasino di United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

Mengulas mengenai pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin-Israel, Anwar berkata, perkara itu tidak menjejaskan perniagaan, sebaliknya Malaysia terus menarik pelaburan baharu.

“Saya berpandangan (pendirian kami) sangat jelas. (Contohnya) Kami sangat kukuh dalam hubungan kami dengan China. Saya tidak bersetuju dengan xenofobia ini. Kami telah menjadi sekutu tradisional. Kebanyakan pelaburan kami, di negeri yang berbeza, masih mengalir masuk.

“Saya jelaskan, Jerman, sudah tentu Timur Tengah, malah dari AS oleh Microsoft, Google, mereka semua berada (di Malaysia) dan mereka aktif datang ke Malaysia dan kami mengalu-alukan mereka,” katanya ketika ditanya sama ada pendirian teguh Malaysia terhadap Palestin telah menjejaskan hubungannya dengan rakan dagangan atau pelaburan,” jelasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button