Berita SemasaPM X

PM doakan Faisal Halim segera sembuh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim segera sembuh dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.

Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya memaklumkan, Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.

“Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak,” kata hantaran tersebut.

Pemain sayap Harimau Malaya tersebut mengalami kecederaan parah akibat disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara, Ahad lalu.

Menerusi gambar yang menjadi tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat insiden tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button