Berita Semasa

Kotak hitam pesawat Maritim Malaysia dihantar ke Itali

PUTRAJAYA – Kotak hitam helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mendarat cemas di Pulau Angsa, Kuala Selangor pada 5 Mac lalu akan dihantar ke Itali.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, komponen penting pesawat Aw139 (M72-01) itu akan dihantar kepada pengeluar helikopter terbabit untuk tujuan analisis maklumat.

“Kita telah tubuhkan jawatankuasa siasatan dan misi mencari kotak hitam telah selesai apabila ia ditemukan.

“Maritim Malaysia telah membuat keputusan untuk menghantar kotak hitam ke Itali.

“Proses itu mendapatkan maklumat mengenai punca nahas itu akan mengambil masa yang munasabah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama-sama Warga Maritim Malaysia di sini.

Nahas pada pukul 9.55 pagi itu berlaku ketika empat anggota Maritim Malaysia melakukan latihan menyelamat.

Kesemua kru pesawat diselamatkan oleh sekumpulan pemancing.

 

Show More

Related Articles

Back to top button