Berita SemasaSukan

Arsenal benam Chelsea, naik puncak EPL

LONDON – Arsenal membenam Chelsea 5-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menduduki puncak pertama liga.

Gol pertama Arsenal menerusi Leandro Trossard untuk meletakkan Arsenal mendahului pada seawal minit keempat perlawanan, apabila rembatannya menewaskan penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic.

Pada separuh masa pertama, Chelsea mempunyai beberapa peluang tetapi gagal untuk menyudahkan semua peluang yang dimiliki.

Pada separuh masa kedua, Arsenal menggandakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi Ben White sebelum Kai Havertz menambah gol ketiga pada minit-57.

Pada separuh masa kedua dikuasai sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah apabila Kai Havertz menyudahkan gol cantik di penjuru bawah gawang Chelsea untuk gol keempat pada minit ke-65.

Gol kelima Arsenal datang daripada White apabila dia meledak gol keduanya dalam perlawanan setelah percubaannya melakukan hantaran lintang berakhir di belakang gawang Chelsea.

Kemenangan besar itu meletakkan Arsenal di kedudukan selesa di puncak liga dengan perbezaan tiga mata mengatasi pesaing terdekatnya Liverpool dan Manchester City.

Show More

Related Articles

Back to top button