Berita Semasa

182,666 pembayar cukai dikenakan sekatan perjalanan

KUALA LUMPUR – Seramai 182,666 individu yang mempunyai tunggakan cukai dikenakan tindakan sekatan perjalanan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat 29 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, 171,571 kes melibatkan individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan manakala 11,095 kes individu mempunyai tunggakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Hui Ying berkata, sebelum sebarang tindakan sekatan dilaksanakan individu yang mempunyai tunggakan akan diberikan beberapa surat peringatan dan emel pemakluman tunggakan cukai serta menghubungi pembayar cukai.

“Kegagalan menjelaskan tunggakan cukai mengikut tempoh ditetapkan boleh mengakibatkan pembayar cukai berdepan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara,” katanya dalam sidang di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datin Ros Suryati Alang yang bertanya mengenai statistik bilangan kes sekatan perjalanan dilaksanakan oleh LHDN.

Hui Ying berkata, bagi mengelak tindakan itu, pembayar cukai juga boleh melakukan semakan tunggakan melalui portal MyTax atau di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button