Sukan

Konsert Ed Sheeran: PSM guna tenaga pakar elak padang SBNJ rosak

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melibatkan Labosport dalam mempersiapkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) bagi konsert Ed Sheeran yang akan diadakan pada 24 Februari ini

Menurut PSM, tenaga pakar itu juga dilibatkan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman pada 26 Mac ini.

“Sebagai langkah awal, PSM telah memindahkan rumput seluas 1900m2 bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran.

“Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya, PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian, sekiranya perlu.

Katanya, tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2000m2 untuk menampung keperluan padang SNBJ.

“Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu,” katanya.

Sebelum ini orang ramai melahirkan kebimbangan sekiranya padang SBNJ sekali lagi rosak menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia pada bulan depan.

Sebelum ini, SNBJ telah digunakan sebagai tempat berlangsungnya konsert artis antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu.

Pada 24 November lalu, akhbar melaporkan, PSM memberi jaminan permukaan padang SNBJ boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata, susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023.

Show More

Related Articles

Back to top button