Berita Semasa

KDN semak fakta 3 pemimpin NGO disenarai oleh FBI dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyemak fakta terhadap kes tiga pemimpin daripada badan bukan kerajaan (NGO) berbeza di Malaysia yang disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau mengesahkan telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua lepas dan saya sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan untuk memberikan saya gambaran yang lebih tepat mengenai perkara itu.

“Apa yang kita tahu ialah FBI membuat permohonan berkaitan perkara itu, jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Luar telah mengarahkan ketiga-tiga individu itu agar tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan untuk menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Perkara berkenaan telah disahkan Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari yang menerima surat tersebut daripada Kementerian Luar bahagian Asia Barat.

Show More

Related Articles

Back to top button