Berita Semasa
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara, Khalid Ali menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 66 tahun, petang ini selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.
Berita duka itu dikongsi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.
“Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.
“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” katanya.