Berita SemasaSukan

MFL umum format baharu saingan Piala FA

KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan format baharu bagi Piala FA dengan pusingan suku akhir dan separuh akhir Piala FA akan dimainkan secara timbal balik (home & away).

MFL dalam satu kenyataan hari ini berkata, hanya pusingan 16 Piala FA kekal dimainkan secara pusingan satu perlawanan.

Jelasnya, pertandingan Piala FA 2024-2025 bakal melibatkan penyertaan kelab Liga Super 2023 dan dua kelab M3 yang akan dipilih oleh Amateur Football League (AFL).

Piala MFL pula akan menggunakan format liga satu kumpulan berbanding format dua kumpulan yang digunakan pada 2023.

“Perubahan format ini dilihat akan menyediakan lebih banyak perlawanan kepada pemain-pemain dan juga seperti yang diminta oleh kelab-kelab untuk meningkatkan kesediaan dan pendedahan pemain bawah 23 tahun (B23) sebelum diserap ke pasukan Liga Super pada bila-bila masa.

Tambah MFL, kuota pemain lebih umur dan pemain asing pertandingan ini juga akan dibuka untuk digunakan mengikut keperluan dan percaturan setiap kelab.

“Maksimum (kuota) tiga pemain asing dan dua pemain lebih umur di atas padang pada satu-satu masa,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button