Berita SemasaHiburan

Abang Stacy meninggal dunia

Mendiang Chaq sebelum ini ditidurkan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya

KUALA LUMPUR – Abang kepada penyanyi terkenal, Stacy Anam iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi tadi.

Berita sedih pemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu disampaikan adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.

“Abang saya sudah tiada,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, Chaq sudah seminggu ditidurkan akibat kecederaan yang dialami itu.

Chaq yang pernah menyertai program hiburan Mentor musim ketiga pada 2009, sebelum ini dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Menurut keluarganya semalam, penyanyi sambilan itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.

Doktor turut memberitahu mereka untuk terus berdoa memandangkan keadaannya sukar dijangka ketika itu.

Akibat kemalangan itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.

Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.

Show More

Related Articles

Back to top button