Festival Nasi Kandaq akan diadakan di Menara KL
KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan ‘Surrr! In the Sky’ @ KL Tower Festival Nasi Kandaq selama dua hari pada 27 dan 28 Januari ini di Tower Terrace di sini.
Menurutnya dalam satu kenyataan, festival itu yang akan berlangsung bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam membawa lebih daripada 10 restoran terkenal dari Pulau Pinang.
Antaranya, seperti Hameediyah, Kapitan,
Hussain Pasembor Padang Kota, Line Clear, Ais Tingkap, Jamal Mohamed (Ketapang), Saddam dan banyak lagi.
“Kemuncak festival ini adalah para pengunjung boleh menjamu selera di Sky Deck bermula jam 8 malam hingga 11 malam pada hari Sabtu dan Ahad sambil menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.
“Untuk menjamu selera di Sky Deck, kami
menawarkan pakej berharga RM60 untuk satu keluarga (terdiri daripada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) atau RM20 setiap seorang,” katanya.
Menurutnya lagi, selain itu, Menara Kuala Lumpur juga akan mengadakan ‘Cabaran Teh Tarik 60KL Tower pada 27 dan 28 Januari ini bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang.
Katanya, pihaknya menyasarkan kira-kira 50 peserta akan bertanding untuk menunjukkan kemahiran kreatif mereka membuat dan menarik teh.
“Pusingan akhir akan diadakan di Sky Deck di mana mereka akan diadil oleh 3 orang juri yang berpengalaman.
“Peserta juga akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 untuk pemenang pertama, RM3,000 untuk pemenang kedua, atau RM2,000 untuk pemenang ketiga.
“Untuk mendaftar Cabaran Teh Tarik KL Tower’, sila imbas kod QR dalam poster atau layari platfom media sosial rasmi KL Tower untuk mengetahui maklumat lanjut tentang acara kami yang akan datang,” katanya.