Berita Semasa

Sesi baru sekolah : Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan, sehari kokurikulum

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan garis panduan pemakaian bagi penggal baharu persekolahan 2024/2025 yang bermula Mac ini adalah dua hari berseragam, dua hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu diputuskan KPM selepas sesi libat urus dilakukan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh.

“Bermula sesi baharu persekolahan, untuk lima hari itu; dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum.

“Ini adalah berdasarkan libat urus kita dengan semua pihak iaitu dengan ibu bapa, pemain industri, guru-guru dan komiti yang mana pandangan mereka ini sangat signifikan untuk kita buat keputusan,” katanya kepada pemberita hari.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan di sini hari ini.

Fadhlina Sidek

Fadhlina berkata, keputusan mengekalkan pakaian seragam sekolah itu juga adalah penegasan keputusan KPM namun kelonggaran (pakaian sukan dan kokurikulum) diharap dapat meringankan beban ibu bapa.

Ditanya mengenai ketetapan hari untuk jenis-jenis pakaian berkenaan, beliau berkata pihak kementerian akan memberi kuasa autonomi kepada pihak sekolah untuk menetapkannya.

Show More

Related Articles

Back to top button