Berita Semasa

Tuduhan buat ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan YDPA: RTM buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menegaskan pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris.

Menurut Jabatan Penyiaran Malaysia dalam satu kenyataan, apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM ialah terjemahan secara automatik oleh sistem Facebook.

“Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul.

“Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook adalah salah. RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17,” katanya hari ini.

Ucapan sebenar yang dimuat naik oleh RTM menggunakan bahasa Melayu di laman rasmi Facebook miliknya.

Sehubungan itu katanya, RTM telah membuat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi META berkaitan terjemahan yang salah oleh sistem META.

Katanya, META juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan masalah tersebut.

Terdahulu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya menegur pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris di laman Facebook.

“Padahal posting asal dalam Bahasa Melayu. Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya “h*ng himself” (bun*h diri sendiri). Don’t do this. Be fair to RTM. Don’t slander,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button