Jenayah & Mahkamah

Penerbit, pengarah Mentega Terbang dituduh di mahkamah

KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah filem Mentega Terbang mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibaca di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, dua lelaki yang bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip filem itu, didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Semarak Api 2, di sini, pada pukul 12.34 tengah hari, 26 Februari 2023.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mereka yang hadir dengan memakai kot berwarna hitam, didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukka hukuman penjara selama setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Show More

Related Articles

Back to top button