Berita Semasa

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat

JOHOR BAHRU – Setakat jam 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,197 orang berbanding 1,153 orang pada jam 8 malam tadi.

Jumlah tersebut membabitkan 310 keluarga yang ditempatkan di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir buruk di empat daerah yang terjejas setakat pagi ini.

Sebanyak lapan PPS direkodkan beroperasi di Kota Tinggi bagi menempatkan mangsa banjir diikuti Mersing dengan dua PPS serta Johor Bahru dan Kluang masing-masing satu PPS.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk hingga esok di Mersing dan Kota Tinggi, serta amaran hujan berterusan tahap waspada di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Show More

Related Articles

Back to top button