PolitikBerita Semasa

Kaitkan DAP dengan tragedi lubang benam melampau – Syahredzan Johan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Syahredzan Johan menyifatkan tindakan perwakilan Pemuda PAS, Mohd Sharif Mohd Azhari yang mengaitkan parti itu dengan tragedi lubang benam sebagai melampau dan tidak wajar.

Syahredzan berkata, adalah tidak patut mana-mana pihak mengambil kesempatan ke atas tragedi atau musibah untuk menyerang seteru politik mereka.

“Tindakan ini melampaui batas. Kita tidak seharusnya mempolitikkan tragedi seperti ini. Sebagai ahli politik muda, mereka sepatutnya membawa politik baharu yang lebih sihat dan memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan, bukan menggunakan retorik lama yang ekstrem,” katanya dalam satu hantaran di platform X hari ini.

Tambah beliau, tindakan PAS tersebut menunjukkan bahawa parti itu masih terperangkap dalam polemik politik lapuk dan melampau yang tidak membawa kebaikan kepada negara.

“PAS sekali lagi membuktikan bahawa mereka masih terperangkap dengan polemik dan retorik politik lapuk serta melampau,” katanya lagi.

Kenyataan Syahredzan itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju bahawa tragedi seharusnya tidak dijadikan bahan politik.

Sebelum itu media melaporkan
Mohd Sharif Mohd Azhari, pada Muktamar PAS baru-baru ini mendakwa kejadian itu mungkin berkait dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan serta pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur.

Sharif telah menafsirkan insiden lubang benam yang berlaku baru-baru ini di kawasan berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur, sebagai satu bentuk balasan Allah.

Malah Sharif turut mengaitkan insiden itu dengan DAP apabila mendakwa parti itu banyak melakukan kejahatan sehingga mendapat pembalasan daripada Allah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button