Berita Semasa

Bayi empat bulan disyaki tersedak susu meninggal dunia

PUTRAJAYA – Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang disyaki tersedak susu dan dimasukkan ke hospital di sini sejak Selasa, disahkan meninggal dunia semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, pihak hospital telah bergegas ke rumah pengasuh mangsa pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada Selasa untuk bantuan rawatan awal.

Berdasarkan keterangan pengasuh wanita berumur 52 tahun, kejadian berlaku ketika mangsa diberi susu dengan posisi yang betul di mana posisi badan mangsa diletakkan dalam keadaan 45 darjah.

“Mangsa didapati tersedak sebelum pengasuh itu menepuk dan menggosok belakang mangsa.

“Mangsa bagaimanapun didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pengasuhnya itu menghubungi ibu bapa mangsa serta ambulans sementara diberi bantuan pernafasan,” katanya A. Asmadi, hari ini.

Susulan itu, bayi yang tidak sedarkan diri tersebut dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Siasatan awal polis mendapati pengasuh terbabit menjaga empat bayi dan kanak-kanak berumur lingkungan empat bulan sehingga tiga tahun termasuk mangsa.

“Semakan dijalankan mendapati pengasuh terbabit tidak mempunyai lesen serta sijil yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan dan diklasifikasi bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 6 (1) Akta Taman Asuhan 1984.

Show More

Related Articles

Back to top button