Berita SemasaPM X

Usaha promosi barangan buatan Malaysia dapat tingkatkan pertumbuhan ekonomi negara – PM Anwar

PUTRAJAYA – Pertumbuhan ekonomi negara turut dapat ditingkatkan menerusi usaha promosi barangan buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peranan tersebut harus diambil oleh semua pihak bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Kata Anwar, beliau juga turut memainkan peranan itu dengan memperomosi produk Malaysia antaranya pakaian batik di peringkat antarabangsa ketika menghadiri persidangan mahupun lawatan kerja.

“Esok petang, saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN di undang Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakaian sut atau pakaian rasmi.

“Saya beri nota, (saya sebut) nak pakai Batik Malaysia walaupun di sana (Jepun) musim sejuk… ini sebab saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barang buatan Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Timbalannya, Fuziah Salleh.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengingatkan pengusaha barangan Malaysia supaya terus meningkatkan lagi mutu produk mereka supaya dapat bersaing dengan syarikat asing.

KBM 2023 dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan bermula sejak semalam sehingga 17 Disember ini di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall, di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button