Politik

Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden

KUALA LUMPUR – Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hari ini.

“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas beliau dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Susulan tuduhan itu, Muhyiddin memaklumkan, kedudukannya sebagai Presiden Bersatu akan diputuskan MPT kerana beliau dipilih melalui pertandingan, berbeza dengan Wan Saiful yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Penerangan parti itu.

Show More

Related Articles

Back to top button