Berita Semasa

Ahli Majlis Perbandaran, ADUN, Ketua Kampung di Selangor diminta letak jawatan

SHAH ALAM – Ahli Majlis Perbandaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua Kampung di Selangor diberi ‘kata dua’ oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke supaya memberikan kerjasama atau meletak jawatan.

Loke berkata, kerjasama antara pelbagai jawatan dalam struktur tadbir urus Negeri Selangor kini masih berada dalam keadaan yang lemah dan perlu diperbaiki.

“Jika tidak boleh memberikan kerjasama, baik letak jawatan sahaja. Jika tak mahu letak jawatan, kita buang sahaja mereka,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor hari ini.

Dalam ucapannya, Loke juga menggesa Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo yang juga hadir pada majlis itu mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan perkara itu.

“Macam-macam masalah, saya tidak faham apa isu yang menjadi punca. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, macam mana kita nak terus jadi kerajaan,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button