Berita Semasa

Sidang akhbar Mohammad Agus malam ini

CYBERJAYA – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff akan mengadakan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi pada pukul 8 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan kepada pihak media daripada wakil beliau, Tetuan Faizal Rahman & Co.

“Pihak kami mewakili Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke satu sesi sidang media yang akan diadakan pada hari ini seperti ketetapan berikut,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tujuan sidang akhbar itu diadakan tidak dimaklumkan menerusi isi jemputan tersebut.

Terdahulu, Mohammad Agus mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Related Articles

Beliau berkata, peletakan jawatan itu berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu.

Show More

Related Articles

Back to top button