Jenayah & Mahkamah

Reman peniaga wanita disyaki bunuh rakan perniagaan disambung tujuh hari lagi

KUALA TERENGGANU – Tempoh reman terhadap peniaga wanita yang disyaki terlibat dalam kes bunuh rakan perniagaannya di tepi jalan dekat Pejabat Agama Hulu Terengganu, minggu lalu, disambung tujuh hari lagi.

Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga 15 November itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Bagaimanapun, suami suspek yang berumur 37 tahun yang sebelum ini turut direman dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu yang dibawa sepasukan anggota polis tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sebelum ini pasangan suami isteri itu direman tujuh hari pada 2 November lalu berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas berusia 65 tahun.

Pada 1 November lalu, media melaporkan penemuan mayat seorang pengusaha tudung dan baju kurung dengan 15 kesan tikaman di dalam longkang menggunakan pisau pemotong daging.

Kejadian dipercayai bermula dengan pertengkaran di dalam sebuah kereta dan bermotifkan rasa tidak puas hati berhubung agihan keuntungan perniagaan diusahakan dua wanita tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button