Luar Negara

Masa makin suntuk cegah bencana kemanusiaan di Gaza

GENEVA – Sekumpulan pakar hak asasi manusia yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran masa semakin suntuk untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan bencana kemanusiaan di Gaza yang didakwa Israel sebagai ‘propaganda Hamas’.

“Kami tetap yakin rakyat Palestin berada dalam risiko besar menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai.

“Sekutu Israel juga perlu memikul tanggungjawab dan mesti bertindak sekarang untuk mencegah kesan buruk akibat tindakan itu,” katanya memetik laporan AFP

Kenyataan itu ditandatangani termasuk pelapor khas di wilayah Palestin yang diduduki mengenai keadaan hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, iaitu Francesca Albanese.

Turut menandatangani kenyataan itu ialah pelapor khas mewakili aspek keselamatan air minuman, makanan, kesihatan fizikal dan mental orang yang dipindahkan secara dalaman’ kebebasan bersuara dan penindasan perkauman.

Pelapor khas PBB tidak dibayar, sebaliknya mereka menjadi wakil bebas yang dimandatkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Mereka tidak bersuara mewakili PBB tetapi melaporkan penemuan kepada agensi itu sebagai sebahagian daripada mekanisme bagi mendapatkan fakta dan untuk tujuan pemantauan.

Pada masa sama, menurut mereka, keadaan di Gaza mencapai tahap kemuncak bencana dengan keperluan kritikal bagi makanan, air, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan penting serta risiko bahaya kesihatan yang meningkat.

Sehubungan itu, mereka menggesa supaya semua orang awam yang ditahan sejak serangan dilancarkan 7 Oktober lalu dibebaskan segera .

Show More

Related Articles

Back to top button