Jenayah & Mahkamah

Penembak rambang di Maine ditemui mati

MAINE (AS) – Suspek dalam pemburuan yang menembak mati 18 individu di Maine ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala kira-kira 12 kilometer dari lokasi tembakan pada Rabu lalu.

Mayat suspek berusia 40 tahun itu ditemui berhampiran air terjun Lisbon di kawasan hutan dekat bandar Lewiston, di sini, malam tadi.

Laporan media tempatan berkata, suspek yang dikenali sebagai Robert Card, dipercayai menembak dirinya di kepala susulan insiden tersebut.

Menurut rekod kesihatan Card yang dikongsi pihak berkuasa Maine, bekas anggota simpanan tentera Amerika Syarikat itu pernah diarah menjalani pemeriksaan mental selepas menunjukkan perilaku tidak menentu sejak Julai lalu.

Dia kemudian ditempatkan di pusat pemulihan mental selama dua minggu pada musim panas yang lalu.

Related Articles

Insiden tembakan pada Rabu lalu bermula di pusat boling pada pukul 7 petang waktu tempatan membunuh 7 individu, seorang wanita dan 6 lelaki.

Suspek kemudian menuju ke sebuah restoran membunuh 7 lelaki dan seorang lagi di luar premis.

Tiga mangsa maut ketika menerima rawatan di hospital manakala 13 lagi cedera dalam insiden tembakan ke 36 di AS pada tahun ini itu.

Show More

Related Articles

Back to top button