Faisal Halim akan jalani pembedahan lagi pukul 5 petang ini
SHAH ALAM – Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini susulan kecederaan serius selepas disimbah asid kelmarin.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, Faisal berada dalam keadaan sedar, namun kecederaan pada badannya agak kritikal.
Johan juga memberitahu, sejenis ubat khas dari Australia juga akan diberikan kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaan melecurnya itu.
“Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.
“Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” katanya memetik laporan Sukan Sinar.
Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan disimbah asid pada Ahad.
Pemain kebangsaan itu mengalami kelecuran tahap empat dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.