Berita Semasa

Ranking Harimau Malaya jatuh 3 anak tangga ke 137 dunia

KUALA LUMPUR – Kekalahan pasukan Harimau Malaya pada aksi terakhir menentang Tajikistan dalam Pestabola Merdeka menyebabkan ranking pasukan negara jatuh tiga anak tangga ke tangga 137 dunia.

Ranking terbaharu itu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 137 dunia, turun tiga anak tangga berbanding 134 pada kemas kini terdahulu, pada 21 September 2023,” kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut FAM, kemas kini seterusnya adalah pada 30 November ini.

Meskipun berjaya mengalahkan India dalam perlawanan pertama kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan negara gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas kepada Tajikistan 2-0.

Malaysia berpeluang memperbaiki ranking dunia apabila akan turun menentang dua lawan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia bulan hadapan.

Pasukan negara dijadual bertemu Kyrgyzstan di gelanggang sendiri pada 16 November dan Taiwan di gelanggang lawan pada 21 November hadapan.

Show More

Related Articles

Back to top button