Sukan

Selepas 12 tahun, Harimau Malaya berjaya pintas ranking Filipina

KUALA LUMPUR – Setelah 12 tahun menunggu, akhirnya Malaysia berjaya mengatasi Filipina dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Skuad Harimau Malaya pimpinan Kim Pan-gon berjaya memperoleh tambahan +6.04 mata FIFA susulan kemenangan 4-2 ke atas pasukan kebangsaan India baru-baru ini.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad kebangsaan kekal menduduki ranking ke-134 dunia dengan 1,100.94 mata, sekali gus berjaya mengatasi Filipina yang menduduki ranking ke-135 dengan 1099.29 mata.

Terdahulu, pada September lepas, Malaysia berjaya mencatat 1,094.9 mata hasil daripada tambahan +3.33 mata yang diperoleh menerusi aksi-aksi persahabatan.

Prestasi skuad negara dalam ranking FIFA merudum selepas menjadi juara Piala AFF pada tahun 2010 susulan tidak mempamerkan aksi yang konsisten sehingga mengakibatkan Malaysia ketinggalan berbanding Filipina, Vietnam dan Thailand.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia berada di kedudukan FIFA lebih baik berbanding Filipina adalah pada tahun 2011 iaitu ke-148 dunia, manakala Filipina di tangga ke-159 dunia.

Malam ini, skuad Harimau Malaya akan berdepan Tajikistan pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada aksi final Piala Raja Thailand September tahun lalu, Tajikistan menewaskan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-0, selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button