Berita Semasa

Berat tuduhan nikah kami tidak sah – luah Sabri Yunus

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara terkenal, Sabri Yunus yang baru melangsungkan perkahwinan bersama Ardini Angelina Tan berasa kecewa apabila ada golongan agawan yang menuduh pernikahan mereka tidak sah.

Ini selepas akad nikah yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin terdapat sedikit perbezaan dengan akad yang kebiasaan dilakukan di beberapa negeri lain.

“Ada juga satu kelompok yang sangat kecil nisbahnya memberi pandangan yg sangat negatif. Satu dua video yg melintas di media sosial. Saya secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Datuk Mufti sendiri.

“Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis. Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya. Seorang ustaz dengan jelas dan terang menuduh pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina.

“Berat tuduhan itu. Juga dalam video yang sama dikatanya qabul yg mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yg hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru. Orang di luar dan jauh tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan,” katanya dalam satu catatan dalam laman media sosialnya.

Dalam pada itu, Sabri juga mengingatkan supaya isu perbalahan antara ustaz tersebut dengan fikrah lain tidak menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.

“Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju, tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.

“Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah, jelas wali sebut aku nikah. Bila qabul sebut setuju tentu saja menyambut pada kata nikah itu yang kata dia keliru itu ada lah orang yg sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya. Pada yang sengaja melemahkan fikiran dia adalah selemah-lemah manusia.

“Pernikahan kami di dalam negeri dalam negara kita yang hal ehwal agama di bawah kuasa kerajaan negeri. Sama juga dengan negeri lain. Dan tentunya tidak melanggari apa apa akta berkaitan urusan pernikahan itu.

“Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka. Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami.

“Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button