Berita SemasaPM X

Rebat sehingga RM2,400 bagi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah layak menyertai skim ini.

Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar seterusnya menambah, kerajaan turut bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi.

“(Dan) Bagi menyokong keperluan projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina 3 depoh bas dengan kos 600 juta ringgit,” kata Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button